Amal Islami

on Sunday, May 15, 2011

Amal Islami merupakan program yang menjadi keperluan untuk dihadiri oleh pelajar di Semester 2. Antara objektif program amal islami ini diwajibkan ke atas semua pelajar muslim semester 2 ialah bagi memastikan bahawa para pelajar mendapat kefahaman sepenuhnya mengenai beberapa amali dalam Islam. Antara praktikal yang dilakukan semasa program amal islam ialah cara pengurusan jenazah dan juga cara sembelihan. Dua perkara ini adalah fardhu kifayah dan nampak mudah, namun begitu ramai umat Islam sebenarnya masih belum dapat menguasai lagi cara-cara yang betul dalam menguruskan jenazah mahuppun dalam penyembelihan.

Cara pengurusan jenazah bermula daripada memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menunaikan sembahyang untuk jenazah serta mengebumikan jenazah diajar dengan pendekatan melakukan praktikal. Teknik pembelajaran secara praktikal ternyata berkesan kerana dengan melakukan praktikal, pelajar-pelajar lebih jelas lagi dengan perkara yang sebenarnya. 

Selain itu, praktikal penyembelihan juga dilakukan semasa program amal islami. Para pelajar diberi peluang untuk menyembelih sendiri ayam-ayam tersebut. Teknik penyembelihan yang betul sangat penting kerana jika ayam tersebut tidak disembelih dengan betul, ia merupakan makanan yang haram dan sekiranya makanan yang haram itu menjadi darah daging kita, maka segala amalan yang kita lakukan akan menjadi sia-sia.

Walaupun program amal islami ini hanya memakan masa antara dua hingga tiga hari sahaja, namun program ini telah memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar berkenaan dengan dua tuntutan fardhu kifayah yang penting, iaitu pengurusan jenazah dan juga penyembelihan.



Syllibus Semester 4

  • Pertunangan dan memilih jodoh
  • Perkahwinan dan hukum yang berkaitan dengannya
  • Mas kahwin (mahar) dan bahagian mahar
  • Walimatul urus
  • Nusyuz
  • Talaq
  • Tebus talak (khuluk)
  • Fasakh
  • Rujuk
  • Ila'
  • Zihar
  • Lian
  • Iddah
  • Keluarga bahagia
  • Poligami

Syllibus Semester 3

  • Jual beli
  • Perniagaan haram
  • Jual beli yang terlarang 
  • Khiar
  • Jual beli salam (tempahan)
  • Rohnu 
  • Syarikat
  • Sewa menyewa
  • Wadiah
  • Riba
  • Jenayah dalam Islam
  • Perbandingan undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang ciptaan manusia
  • Hudud, qisas dan ta'zir
  • Zina
  • Cara melakukan rejam
  • Liwat
  • Qazaf dan hukumannya
  • Al-Hirabah
  • Kesalahan minum arak
  • Murtad dan hukumannya
  • Jenayah pembunuhan

Kerja Kursus Pelajar

on Wednesday, May 04, 2011

Kerja kursus merupakan salah satu keperluan bagi para pelajar ;


Tidur Menurut Islam
Tanda-tanda Kiamat ; Terbitnya Matahari daripada Barat
Susuk
Sujud Dalam Solat ; Kajian Saintifik
Sistem Sosial Menurut Islam
Sihir
Riba Dalam Perbankan
Rasuah Menurut Islam
Proses Penaklukan Palestin
Program Realiti ; Antara Kebaikan dan Keburukan
Perceraian Dalam Perkahwinan Menurut Islam
Pengurusan Jenazah ; Antara Tuntutan dan Realiti
Penggunaan Babi Dalam Ubat-ubatan
Pembedahan Plastik Menurut Perspektif Islam
Pemakaian Minyak Wangi Dalam Islam
Mendidik Anak-anak Melalui Contoh Teladan Yang Baik
Konsep Poligami Dalam Islam
Khasiat Madu Lebah
Kemunculan Dajjal Di Segi Tiga Bermuda
Kedudukan Wanita Dalam Islam
Jenis-jenis Hadis dan Cara Membezakannya
"Designer Babies" Menurut Islam
Arak Dari Perspektif Islam
Ahli Kitab

Biodata Pensyarah



Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad lahir pada 10 Disember 1976 di Kodiang, Kedah. Beliau tinggal di Bandar Baru Bangi dan merupakan pensyarah di Kolej MARA Banting kini.klik untuk bacaan

Syllibus Semester 2

on Tuesday, April 26, 2011

Pembentangan oleh para pelajar untuk syllibus Semester 2 ;

    Syllibus Semester 1

    on Sunday, April 24, 2011

    Pembentangan oleh para pelajar untuk syllibus Semester 1 ;


    Pengenalan

    Kolej MARA Banting terletak di Bukit Changgang, Banting, Selangor. Kolej MARA Banting, atau lebih dikenali sebagai KMB, menyediakan program persediaan International Baccalaureate (IB) bagi pelajar-pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara. Program IB selama dua tahun ini menyediakan pelajar yang terbilang di mata dunia. Subjek-subjek yang terdapat untuk program IB di KMB adalah Malay A1, English B, Mathematics, Biology, Chemistry, Physics, Environmental Science, Economics, ITGS dan juga Business and Management Studies. Selain itu, para pelajar juga perlu melengkapkan program IB mereka dengan Extended Essay, Theory of Knowledge dan juga CAS. Kesemua komponen ini menjadikan pelajar IB seorang pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah dari segi ko-kurikulum dan kemahiran berfikir juga. Selain daripada itu, terdapat juga subjek lain yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar KMB seperti Pendidikan Islam, CAS, Ko-ku dan juga subjek Warisan.



    Pendidikan Islam diwajibkan bagi memastikan bahawa para pelajar mengenali agama Islam dan mereka bukan sahaja mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, malah sahsiah dn pemahaman terhadap Islam juga cemerlang. 

    Diharapkan blog ini dapat membantu pembelajaran para pelajar dalam subjek Pendidikan Islam, InsyaAllah.