Biodata Pensyarah

on Wednesday, May 04, 2011



Ustaz Abdul Jamir bin Md Saad lahir pada 10 Disember 1976 di Kodiang, Kedah. Beliau tinggal di Bandar Baru Bangi dan merupakan pensyarah di Kolej MARA Banting kini.klik untuk bacaan


Latar belakang pendidikan tingginya bermula dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), K.Terengganu,iaitu dari tahun 1995 hingga tahun 1998 di mana beliau mengambil Diploma Pengajian Islam (Dakwah Islamiah). Kemuadian, pengajian diteruskan lagi pada tahun 1998 hingga tahun 2001 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bidang yang diambil pada waktu itu ialah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian  ( Pengajian Dakwah & Kepimpinan). Seterusnya, beliau menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Islam dan berkelulusan Diploma Pendidikan (Kepujian).

Setelah tamat belajar, beliau memulakan praktikalnya di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kuala Lumpur sebagai pegawai dakwah dan kaunseling. Seterusnya, latihan diteruskan di Majlis Agama Islam Singapura, di mana beliau menjalankan latihan amali dakwah. Pengalaman kerjanya yang pertama ialah di Institut Alam & Tamadun Melayu UKM selama sebulan sebagai pembantu penyelidik. Beliau juga pernah menjadi pengawas peperiksaan di Bahagian Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia. Ustaz Jamir juga pernah menjadi guru Pendidikan Islam di Sekolah Al-Amin, Bangi. Pada 4 April 2002, beliau berhijrah tempat bertugas, iaitu dari Bangi ke Kuala Kubu Bharu, untuk menjadi salah seorang guru Pendidikan Islam di MRSM Kuala Kubu Bharu yang terletak di Selangor. Setelah dua tahun berlalu, Ustaz Jamir kemudian menjadi penyelaras kursus Pendidikan Islam untuk program persediaan ke luar negara di Kolej Mara Seremban. Pengalamannya di Kolej Mara Seremban adalah selama enam tahun. Pada bulan Jun 2010, Ustaz Jamir ditukarkan untuk berkhidmat di Kolej Mara Banting yang terletak di Selangor. Ustaz Jamir diberi tanggungjawab untuk menjadi guru subjek Pendidikan Islam. Pengalamannya yang cukup mantap menjadikan beliau seorang guru yang berwibawa.

0 comments:

Post a Comment