Amal Islami

on Sunday, May 15, 2011

Amal Islami merupakan program yang menjadi keperluan untuk dihadiri oleh pelajar di Semester 2. Antara objektif program amal islami ini diwajibkan ke atas semua pelajar muslim semester 2 ialah bagi memastikan bahawa para pelajar mendapat kefahaman sepenuhnya mengenai beberapa amali dalam Islam. Antara praktikal yang dilakukan semasa program amal islam ialah cara pengurusan jenazah dan juga cara sembelihan. Dua perkara ini adalah fardhu kifayah dan nampak mudah, namun begitu ramai umat Islam sebenarnya masih belum dapat menguasai lagi cara-cara yang betul dalam menguruskan jenazah mahuppun dalam penyembelihan.

Cara pengurusan jenazah bermula daripada memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menunaikan sembahyang untuk jenazah serta mengebumikan jenazah diajar dengan pendekatan melakukan praktikal. Teknik pembelajaran secara praktikal ternyata berkesan kerana dengan melakukan praktikal, pelajar-pelajar lebih jelas lagi dengan perkara yang sebenarnya. 

Selain itu, praktikal penyembelihan juga dilakukan semasa program amal islami. Para pelajar diberi peluang untuk menyembelih sendiri ayam-ayam tersebut. Teknik penyembelihan yang betul sangat penting kerana jika ayam tersebut tidak disembelih dengan betul, ia merupakan makanan yang haram dan sekiranya makanan yang haram itu menjadi darah daging kita, maka segala amalan yang kita lakukan akan menjadi sia-sia.

Walaupun program amal islami ini hanya memakan masa antara dua hingga tiga hari sahaja, namun program ini telah memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar berkenaan dengan dua tuntutan fardhu kifayah yang penting, iaitu pengurusan jenazah dan juga penyembelihan.



0 comments:

Post a Comment