Kolej MARA Banting terletak di Bukit Changgang, Banting, Selangor. Kolej MARA Banting, atau lebih dikenali sebagai KMB, menyediakan program persediaan International Baccalaureate (IB) bagi pelajar-pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara. Program IB selama dua tahun ini menyediakan pelajar yang terbilang di mata dunia. Subjek-subjek yang terdapat untuk program IB di KMB adalah Malay A1, English B, Mathematics, Biology, Chemistry, Physics, Environmental Science, Economics, ITGS dan juga Business and Management Studies. Selain itu, para pelajar juga perlu melengkapkan program IB mereka dengan Extended Essay, Theory of Knowledge dan juga CAS. Kesemua komponen ini menjadikan pelajar IB seorang pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah dari segi ko-kurikulum dan kemahiran berfikir juga. Selain daripada itu, terdapat juga subjek lain yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar KMB seperti Pendidikan Islam, CAS, Ko-ku dan juga subjek Warisan.
Pendidikan Islam diwajibkan bagi memastikan bahawa para pelajar mengenali agama Islam dan mereka bukan sahaja mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, malah sahsiah dn pemahaman terhadap Islam juga cemerlang.
Diharapkan blog ini dapat membantu pembelajaran para pelajar dalam subjek Pendidikan Islam, InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment